Friday, December 2, 2011

Telah Aku Redhakan Perpisahan Ini..


          Empat dan 5 Muharram 1432 adalah pertemuan Ukwah buat kami, namun 23 Zul hijjah 1432 adalah perpisahan terbaik untuk kami.


"Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" -Surah Yusuf ayat 6

telah ditakdirkan satu antara kami hilang kasih sayangnya, yang pasti semuanya salah Ku, aku terlalu mementingkan diri sendiri, segala usaha Ku untuk perbaiki Ukwah ini hanya menambah kebencian terhadap diri ini, akhirnya aku terbuang disisi kasih sayang yang kami bina, aku masih lagi mengutip sisa kasih sayang yang ada sambil bertasbih memuji kebesaran Allah S.W.T. Zahir dan Batin Ku menangis mengenang berdosanya aku pada mu, sehingga aku dibenci semudah lafazmu, namun aku menangis dihadapan Allah S.W.T, aku lebih gerun dan mengeletar kaki ini jika aku dibenci oleh Mu Ya Allah..



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan 
pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 



           Jawaban Mu Ya Allah dalam Solat IstikharahKu 29 Ramadan 1432, membuka mataku agar terus bertahan dan berusaha kerana "kamu" tercipta untukku, setiap hari doa dan usaha yang aku taburkan, namun ianya sekadar melukakan dan menambah kebencian terhadap aku, terkadang aku mencari erti kekeluargan yang sebenar, namun aku semakin fasik dalam berkata demi menjaga nama, dan aku semakin munafik dalam bercerita demi menjaga kata-kata.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan Katakanlah perkataan yang benar, Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya ia Telah mendapat kemenangan yang besar.” [Qs. al Ahzab : 70-71]

          Kini aku hanya bersabar dan menyampaikan salamku kepadanya melalui sujud akhirku, tidak berburuk sangka sedikit pun tentang dirimu, apa lagi membencimu, kerana aku tak berdaya untuk semua itu, telah aku ampunkan segala dosa-dosamu terhadapku begitu juga aku memohon keampunan terhadapmu.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” [Qs. al Hujurat : 12


          Terputus sudah segala tangungjawabku kepada dirimu, terima kasih kerana mengajar segala kebaikan akhirat dan dunia kepada diriku, benar kalam Allah S.W.T :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216


maafkan aku.. aku jahil dalam menjaga dan mendidikmu, aku sering menyakiti hatimu, maafkan di atas kejahilanku, namun kini aku tersentak dan tergamam kerana Allah menasihatiku :


“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, Maka Sesungguhnya mereka Telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” [Qs. al Ahzab : 58]

Pengakhirannya.. segala yang berlaku ada hikmahnya, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku, telah aku redhakan perpisahan ini, kerana Allah mengetahui setiap isi hati kita,

“Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat Pengawas yang selalu hadir.” [Qs. Qaaf : 16-18]


pergi lah sajauh mana engkau mampu pergi, buanglah aku sedalam mana pun yang engkau mahu, hinalah sehina mana pun aku pada mu, namun aku tetap disini menunggu kemaafan darimu. maafkan aku.


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12






         

Wednesday, October 19, 2011

Redha Bila Dibenci



Benar Aku Tidak Semulia Akhlak Nabi Muhammad S.A.W.
Benar Aku Tidak Segagah Nabi Musa A.S.
Benar Aku Tidak Sesabar Nabi Yakub A.S
Benar Aku Tidak Sekaya Nabi Sulaiman A.S
Benar Aku Tidak Setampan Nabi Yusuf A.S
Benar Aku Tidak Sebijak Nabi Khidir A.S
Memang benarlah aku tidak seperti mereka walaupun sebesar zarah.


Namun Aku Terus Bersabar...


Firman ALLAH S.W.T:


"Katakanlah: 'Hai hamba-hamba-Ku yang beriman bertakwalah kepada Rabbmu.' Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan dan bumi Allah itu adakah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)




Rasulullah S.A.W bersabda:


“Sesungguhnya kalian akan menjumpai sikap mengutamakan kepentingan pribadi, maka bersabarlah kalian sampai kalian berjumpa denganku di Al-Haudh (telaga).”  
(HR. Al-Bukhari no. 3508 dan Muslim no. 1845 dari sahabat Abu Yahya Usaid bin Hudhair radhiyallahu ‘anahu)


‘Alqamah berkata (ketika menjelaskan firman Allah S.W.T:
“Dan barangsiapa beriman kepada Allah niscaya Dia akan menunjukinya.”  
(Ath-Thaghabun: 11): 
“Dia adalah seseorang yang ditimpa musibah dan mengetahui kalau itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, lalu dia ridha dan menerima.”  
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, dan telah diriwayatkan sepertinya dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anahu)





Thursday, September 15, 2011

Setiap Hari Adalah Doa Buat Kita


Saat satu hari nanti awak mula membenci saya,
Percayalah pada saya, saya masih sayang awak.

Saat satu hari nanti awak panggil "Engkau",
Percayalah pada saya, saya masih panggil awak dengan panggilan sepatutnya.

Saat satu hari nanti awak minta saya pergi dalam hidup awak,
Percayalah pada saya, walaupun saya pergi, saya masih bersama awak.

Saat satu hari nanti awak anggap saya punca kegagalan awak,
Percayalah pada saya, saya terima sebagai teguran dari rasa kasih sayang awak.

Saat awak minta ruang untuk awak tenangkan diri,
Percayalah pada saya, saya malu dengan sikap saya.

Tetapi..

Saat satu hari nanti awak datang pada saya semula,
Percayalah pada saya,  setiap hari saya menunggu awak,
Percayalah pada saya,  setiap hari saya tersenyum mengenangkan awak,
Dan..
Percayalah pada saya,  setiap hari saya berdoa untuk kita bersama...



Monday, September 5, 2011

Orang Yang Benar - Benar Mencintai Anda ??



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut, kamu akan menyesal melakukannya! ]

Wednesday, August 24, 2011

Sebab Akukan Abg...~!! >,<"...


Assalamulaikum.. Salam Ramadan, Salam Syawal, Dan Salam Kemaafan. He3,, ayat x ley bla... huhu.. ermm bulan pose ni bnyak mengajar kita erti kesabar, keikhlasan, dan ketaatan kita pada Allah, dan pada orang yang kita syg, main story kat cini yg cuba aq ketengahkn ialah "ABANG"... huhu.. walupun aq anak last.. x berti aq boley dpat segala yang aq nak.. abg~!.. abg de, abg cik, abg teh.. haha... ni la abg2 aq.. aq ni selalu la kner buli ngn abg2 aq.. tp yg palig dasyat.. abg teh.. haha.. sebab aq membesar bersama.. huhu.. abg2 lain pon membesar bersama gak. tapi,, maser uh aq kecik lagi.. so.. xder la ingat mner pon.. haha.. aq setakat kener pelangkong, jotos, restling, dah naek bosan menagis da,, haha ngis pon bosan kerr?? huhu.. tp mereka2 itu mengajar aq erti hidup berdikari,, tah lah... maser kecik2 abg2 smue smbung study.,. bnyak pakai duit.,. maser uh aq sek lagi... aq terpaksa.. buang jauh2 kemahuan aq tok dapt apa2 yg aq nak... demi mereka.. untuk apa? bukn kah mereka yg sepatutnya mengalah.. ini jawabn aq."SEBAB AKU KAN ADEX~!"... mereka lebih memerlukn.. aq bukn d manjakn dgn kemewahn dunia, tetapi kemewahn SABAR... dan skung aq da ader adex,, aq lebih mengerti makna amanah dan tngunjwab.. walupun aq baru jer kenal, pada aq,, aq juga seorang abang, aq juga ader tngunjwab dan amanh terhadap adex aq, aq juga x pernah menjakn adex aq dgn kemewahan hidup,, itu mungkin die boleh perolehi dr kelurga nya sendiri.. tp aq abg yg mahukn yg terbaik buat adexnya..  seperti abg2 aq.. walu sebaik mna pun meraka, mereka tidak mahu aq menjadi seperti mereka... tetapi lebih baik dari mereka... begitu juga aq.. aq tak nak adex aq mengikuti langkah kiri aq (maksudnya benda yg salah la... hadoiii i...).. sepnjang cerita aq ni.. satu jer aq nak sentuh : SAYANG~!... dalam syg ader segalanya,,, tapi dalam syg xder persefahaman,,,, sebab too kita boleh bergaduh dgn adex berdex kita.. sb too sabar, dan bertolak ansur lah.. sehebat maner pon kita kat dunia,, hormat lah kelurga kita atas pangkatnya... jd,,,, renung2 kn dn selamat beramal.... he3...


Sunday, August 21, 2011

Salah Ke Saya Sayang Adik Saya ..??



Salah ke saya sayang adik saya?
Apa salah saya pada 'anda' yang mampu menilai kami?
Kenapa 'anda' pandang serong pada saya?
Perlukah 'darah daging' yang akan menutup mulut 'anda'?

Saya sayang adik saya!
Saya menjaganya atas nama ALLAH!
Saya menerima tangungjawab dan amanah ini dengan seluruh jiwa saya!
Kami menjalin ukwah ini dengan rela kami!

Siapa yang tahu apa yang kami tahu?!
Siapa faham apa yang kami faham?!
Siapa rasa apa yang kami rasa?!

Kerana 'anda'.. patutkah kami berpisah?!
Kerana 'anda'.. saya perlu berkorban jiwa!
Kerana 'anda'.. saya ketepikan perasan sedih saya!
Kerana 'anda'.. saya 'menikmati' hidup saya dengan kegusaran!

Hinakah saya pada 'anda'?!
Adilkah 'anda' menilai kami?!

Hinalah saya sebelum anda menghina adik saya!
Pukulah saya sebelum anda memukul adik saya!
Hukumlah saya sebelum anda menghukum adik saya!

Saya akan menjaga adik saya...
Walaupun saya tolok gantinya..
Biarnyawa bersulam cinta..
Cinta kami pada yang Esa..

Tuesday, August 9, 2011

SAYA TIDAK AKAN BERHENTI BERHARAP : MACAM AWAK.


AWAK... SAYA NAK CAKAP DENGAN AWAK...
TAPI...  SAYA  DAH TAK HARAP PUN AWAK DUDUK DAN DENGAR APA YANG SAYA NAK CAKAP KAT AWAK...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA NAK TENGOK MUKA AWAK...
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN AWAK DUDUK DEPAN SAYA TENGOK MATA SAYA PANDANG AWAK...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA NAK DENGAR  AWAK CAKAP...
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN AWAK BERBUAL DENGAN SAYA LAGI...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK)

AWAK... AWAK SELALU KEJUT SAYA MASA  SAYA TIDUR...
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP AWAK KEJUT SAYA MASA SAYA TIDUR...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA NAK SENYUM DENGAN AWAK..
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN AWAK TERSENYUM BILA SAYA SENYUM PADA AWAK...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA NAK PELUK AWAK...
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN AWAK DEPAKAN TANGAN UNTUK SAYA...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA NAK NYANYIKAN UNTUK AWAK..
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN AWAK DENGAR DAN NYANYI SAME - SAME DENGAN SAYA...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA SENTIASA NAK TAHU APA YANG AWAK BUAT...
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN AWAK BAGITAHU PADA SAYA LAGI APA YANG AWAK BUAT...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA SENTIASA TUNGGU  AWAK AMBIL BERAT PADA SAYA...
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN AWAK AMBIL TAHU TENTANG SAYA LAGI...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )

AWAK... SAYA SENTIASA TUNGGU AWAK HUBUNGI SAYA...
TAPI...  SAYA DAH TAK HARAP PUN CALL ATAU MESEJ DARI AWAK  LAGI...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )


AWAK... SAYA SENTIASA TENGOK FB DAN BUAT WALL POS PADA AWAK..
TAPI...  BILA SAYA TENGOK KEMUDIAN, WALL POS SAYA DAH TAK ADA.. SAYA TAHU AWAK DELETED.. TAK PE.. SAYA TAK KISAH.. 
( SEBAB AWAK DAH MALU DENGAN ADANYA SAYA DALAM HIDUP AWAK)

AWAK... SAYA SAKIT...
TAPI...  SAYA  DAH TAK HARAP PUN AWAK JADI MATA, MULUT, TELINGA, KAKI DAN TANGAN SAYA, SEPERTIMANA AWAK CAKAP KAT SAYA...
( SEBAB AWAK DAH SELALU SIBUK DENGAN KERJA AWAK )





AWAK... DULU, AWAK BANYAK KORBANKAN  MASA AWAK UNTUK SAYA.. TAPI.. SEKARANG.. AWAK SIBUK.. TAK APE, SAYA PAHAM...

AWAK... AWAK JANGAN RISAU, SAYA TAK LAMA KAT SINI, SAYA DA TAK NAK SUSAHKAN AWAK LAGI... 
AWAK... KALAU SAYA TAK DE LAGI, SAYA TAK NAK AWAK SEDEH, SAYA NAK AWAK KUAT, SAYA NAK AWAK TABAH YE... AWAK DENGAR LA NASIHAT - NASIHAT SAYA EA, SUPAYA JAGA KESIHATAN, KEHORMATAN, DAN PERADABAN, INGAT.... DALAM SAYANG ADA SEGALANYA.. TAPI.. SAYANG ITU TIDAK MENGAJAR KITA ERTI MEMAHAMI... SELAGI KITA TIDAK BERUSAHA MEMAHAMINYA...

AWAK... MAAFKAN SAYA SEBAB TAK DAPAT BERITAHU DENGAN AWAK TENTANG PERASAN SAYA, BUKAN SAYA TAK NAK BERITAHU, CUMA SAYA TAKUT MENGGANGGU MASA AWAK...

MAAFKAN SAYA YE AWAK... SEBAB SUSAHKAN AWAK DENGAN PENUHI KEHENDAK SAYA... 



Monday, August 8, 2011

ADUH MALU : KITARO, KITARA, KATIRA ??


Salam semue, selamat menymbut Ramadan. He3.. tahu x pe benda atas ni?? bukn rendaman telur katak ok.. haha, ni la air KATIRA, he3.. dulu first2 nak beli air ni, emm ala.. malu pulax nak cite.. he3.. masa too jalan nagn adex aq, ada lax pasar malam kat kmpung aq, so aq nak beli air,, aq nampak la air yg ni.. so dengan kompom aq pn cakap "pakcik, air kitaro 2.." pakcik uh ternganga beb.. aq tgok muka adex aq.. aq tgok die senyum, haha sah aq salah, aq pon betulkn kesalahn konon nya.. "err pakcik air kitara 2.." terus adex aq bantai gelax.. pergh,,, merah muka aq siot (malu gilerr).. pakcik too pon senyum...  haha,, aq cover baik je, haha aq ckap "abg saja je nak uji adex.. tahu x air ni.."  terus bla balik naek kete sambil kene bahan dgn adex aq sepanjang perjalanan balik (giler ah.. semue berlaku dalam sekelip mata mey.. adesss)... Malu.. Malu... He3

Wednesday, August 3, 2011

ANIMATE HILL

Salam semue, ni la pemndangan kat stu bukit yg selalu aq g sejak dari SPM g, kt cini tenang, aq belajar sorang2 kat cini.. tp sejak masok ILP, lame da aq x g, aq just bawak2 org yg aq syg jer naek atas ni.. hirup udara pagi.. tgok matahari terbit.. aduh.. sayunya.. aq namakan bukit ni.. bukit bernyawa.. haha.. apa yg bernyawa uh?? tah lah.. nyawa pada aq di tafsirkan sbg jiwa.. aq bawa org2 yg aq syg agar mereka thu jiwa aq mcm mner.. hurm,,  aq ader bawak couple aq dulu,, dn die lah org pertama yg aq bawak,.. huhu.. lepas uh ader la org2 lain.. sekadar kawan,, n last sekali adex aq,, huhu adinda aq x sempat nak bawak, lagi pon x manis, klo blum ader ape2 g kat tempat mcm uh,, t la.. dah kwin,, aq bawak la,.., he3,,  erm,,. x sngka lax,, adex aq ckp bukit ni ber makna :

he3.. bgos la klo die thu mkna sebenar.. pemndangn ni.. biler nak tungu matahari terbit.. adess.. penantian yg menyiksakn,, tp biler dah terpancar suram2 dari chaya matahari uh d celah gunung..,., adess.. SUBAHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH)... indahnya.. x terkata... dari situ la aq belajar bersyukur.. agar kita sntiasa merndah diri,, dan bersyukur ke ats apa shaja yg kita ada..

Tuesday, August 2, 2011

15 TAHUN KER??


Salam semue, he3.. da bnyak kali org ckp aq macm ting 3, tp sb x tercerita la pulax... haha tapi hari ni nak cite la pulax... bukan nak membangga diri.. tpi kenyatan,, haha,, (bapak ah,, bongkak giler..).. tah la.. bnyak2 adex beradex aq,.. sedara mara ckp.. aq yg pling comel.. haha.. sb uh arwah atok aq ABDUL KARIM syg kat aq.. huhu.. atok ckp muka aq mcm muka arwah abg mak aq... he3.. tp pendapat korang betul ker muka aq mcm ting 3?? he3.. ala... ala,, jujur jer.. huh~!! yerker.. mekasey,, alamak.. chaow dulu... awek - awek da pangil...

Thursday, July 21, 2011

SAKIT YANG MENGELIRUKAN.


Salam smue, hurmm hari ni still demam lagi... tp aq pelix ngn sakit aq ni.. kejap panas smpai mengigil.. kejap ok.. tp bab makan.. aq da hilng selera da.. air yg aq minat pon aq da xley bau, ape lagi minum (MILO), so aq da jarang makn, dan minum tp perut aq x lapar, tp selalu mual2, nk munth,, pergh... siksa.. time start pusing mata jerr bdan aq da mengigil, mula bdan aq lemah, malam semalm col mak, huhu mengadu ceket.. ala.. kn ank bongsu... huhu... mak ckp g klink.. aq ckp.. xpe... ok jer ni.. huhu, tadi petng lepas balik surau.. trus ada kejer sikit kat bengkel, maser uh la aq da strt lemah balik. tibe2 jer.. cepat2 balik bilik, terus tombang.. dgn thn sakitnya lagi.. hurmm nak buang air besar pon da x ley.. aq ingt suspek buasir, tp aq da cek sendiri, xder pon,, so ni masalah penghadaman atau perut aq.. smpai ke otak die tarik. aq x risau aq sakit, sb aq tahu ianya penghapus dosa. tp aq perlu beriktihr tok sihat... doa2 kn lah aq yer..

Tuesday, July 19, 2011

ADINDA~!


Salam, he3 ni cite pasal adinda aq cowg ni.. haha,.. knpe aq suka pic ni?? cu..teke... cu teke... he3.. sbnya.. gigi dinda aq maser ni lawo sgt... an..an.. hahah comel sgt.. haha.. gigi uh klo nak sangkut pon boley.. he3..  yg penting ,, dinda syg  aq setulus hati die.. die sabar org nya,. to la kunci pada aq.. aq seadanya aq.. x smue org boley phm dan sabar dgn aq.. aq harap kesabarn die yg tiada batasnya ni.. akan mengajar die erti kekuatan... an..an..  cyg Dinda 7 kali... hahaha ADINDA

ADEX~!

huhu.. nak cite seket tentg aq ngn adex aq... haha... lame da x jumpe die.. second last mser die jga aq maser aq lepas excident maser cuti wesak... last errmmm maser aq melawat die kat matrik tempat die belajar... haha... da kurus da dak ni.. makan x jga.. mner x nya.. penat da aq pujuk, nasihat.. adessss bukn nak dgor pon.. lebey kurng sebuln da x jumpa... haha..kita org ni  asek sibok jer nk jumper sme2. haha adex aq... lantak ko lah adex.... ader maser kn t kita jumpe g..  aq pon da lme x melawat abah, mak ko... ngn sorang lagi... adex ko.. he3.. EG... huhu... t la.. ader maser adex g umh abg.. t kita main game yg ko reti uh... hahaha an.. Adex Akim

DEMAM~!

18.07.2011. pagi to aq da rasa lemah badan ceket... huhu tp sb aq selalu ingt ape yg aq ckp kat adinda dn  adex aq... klo x sihat kuat kn mentel dan badan... so aq pon lawan lemah badan aq.. sehari uh aq kner pakai RPG-Fitting macm softlense, tp die keras dan kecik di perbuat dari kaca, aq rase effect kejadah uh aq pakai kat mata ni sb aq excident ari uh.. so doktor suro pakai... da semingu jugak la aq pakai... tp malam ni lain seket.. aq rasa mata nak terkuar lepas aq kuarkn RPG-Fitting uh.. so.. aq tuam la mata aq pakai air panas.. x lame lepas uh.. sendi ngn otot2 badan aq da start gigil.. badan aq x panas... tp aq rasa lemah sgt.. aq asek mengerang jer.. sb rasa kejap sejuk, kejap panas..pagi esoknya aq lemah lagi... gigil2 badan aq,.. nak g kelas lagi... petng 19.07.2011 lax ader temujnji ngn hospital... da dekat 12 kali temujnji kat hospital.. kes maser aq excident maser cuti wesak ari uh.. doktor cakap saraf mata kanan aq da nak putus... adesss menakutkn...~!! huhu ape2 pon aq berserah pada ALLAH.. segala yg baik uh datag dari DIA, yg buruk uh d atas kelemahan dan kekurangn diri aq sendiri... klo da smpai ajal.. aq pergi jua an...

Sunday, July 17, 2011

Pengacara Majlis.


salam, huhu nak cite seket pasal MC .. huhu aq dulu xder la rasa aq ley jd MC... tp biler da kne pksa.. lama2 jd stu tugas yg mencabar lax.. gugup satu hal... klo salah... nk cover balik,,, pergh~!! mampos x layan.. susa woo... semue aq kner sendiri.. awal2 kner jd MC pon dieorg wt mcm aq budk PRO... PRO... la sgt,.. PROsak... haha,,, bley die suro wat text sendiri.. da la mase uh x taw ape2 pasal MC... tp sb terpksa. aq wat la mcm mner pernh tgok kt TV,,, huhu intonasi yg "menawan" la wat aq jd MC... yakin, huhu tp masalh problem nyer,,, haha,,, aq dah cuba,try,test.. aq masih ader kekurngn biler mengendalikn event yg sepontant.., he3.. merapu aq d buatnya,, he3... hurmm bab pakaian... haha.. klo ikot protokol.. MC mesti lebey gempak.. dari org lain... sb kita tumpuan umum,,, bab pakaian pon aq kner makup sendiri... pilih baju sendiri.,, adesss... ermm ramai yg komen membngun,,, tp ader gak yg jeles x tentu pasal.. biler kita pakai bju gempak sikit.. mula la ckp kita menunjuk... too la biler org x berilmu berkata2.. main hembus jerr,,.. adess.. alamak~!! vvip da smpai... ok2 chau... "mengumumkan.. ketibaan. yang berbahagia .........."

Friday, July 8, 2011

Harapan Menyingsing Terbelah Percik Mimpinya





Tatkala ayah mengejar malam,kini malam mengejar ayah.

Pahit meruncing ibu menunggu sehingga terbelah percik mimpinya.

Hari ini engkau melihat yang dulunya ketika lahir menjerit amat mesra- hening suara bayi ke enam.

Doa dan agama ditampar setiap cecair lendir di tempat letaknya mata.

Aku harapan kerdip ke enam yang bakal bersinar sebagai khalifah dunia.

Ketika aku bertatih di sisi buaian gelincirku cepat disantunkan.

Engkau cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.

Di asuh aku menjadi wira perkasa dan tidakpun dikira ke bidang mana.

Siulan sopan dan santun, menyemai bakti di kalbu desaku.

Hari menyingsing mentari senja, aku melihat harapan menyingsing terbelah percik mimpinya.

Titisan tinta dan air mata yang membangga di sehelai kertas berkata, "Graduan Terbaik ILJTM 2010" menjadi prakata.

Harapan mu kini menyingsing terbelah percik mimpinya.

Nurkilan: Nasrullah Bin Salim




Wednesday, June 29, 2011

Titisan Tinta Pertama

Assalammulaikum,
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
awal Bismilah pembuka bicara.

(Maaf lerrr.. first-first pos ni.. ayat mesti ler skema... he3.. anak didik A.samad Said)

Untuk first pos ni.. bnyak benda nak cite,,, he3,, tp xpela.. klo korang nk kenal aq... ini lah aq NASRULLAH BIN SALIM.. no badan,, ermm x dapt g.. JPAM x bg lagi.. adess.. da 2 tahun da.. klo nak cerita tentang diri sendiri agak susa la jugak.. sb.. xder manusia boley menilai diri sndiri.. sb to.. aq ader prinsip hidup "i am mirror for you".. sebnrya ayat ni telah d adaptasi dari cerita pada zaman Rasulullah s.a.w.. klo nak taw cite nyer mcm ner,,, ley la tnya secara detail nanti k.. aq orang nya x berapa suka atau pemalu la nak capur masyarakat... tp klo ader kaitan kerje.. aq profesional la.. maksud kat sini malu bertempat dan kurang sosialnya.. he3,, too org ckp ok.. OMG~!! klo ikut kajian, dan beberapa fakta tentang diri aq.. aq adalah orang yang "mengkaji" bnyk skop kecil lagi yg boley di pecahkn... tp ni kira skop umum la.. ha3.. ape yg mengkaji pon aq x taw la... huhu... aq ni minat sains, astronomi, fizik, kimia,biologi ha3.. tp x belajr maser sek.. sb dulu lembab,, hu3.. atau bahasa tepatnya.. tak berpeluang, aktiviti mser lapang.. hu3.. with my gun.. CARBINE M203 rifle (air softgun)... huhu ni da kira hobi la... mint bab sniper... tp mahal.. dpt carbine pon okla.. "binatang yg aq maksudkn ialah senapang angin yg guna tenaga betry ,, sebijik mcm senpang biase.. cume die pakai peluru manik,, klo kner..mnari dansa ko~! hahaha... lain nya,, org ckp aq tegas, dan sensetif.. haha betok ler?? yer la kot.. ~lalala (wat muka x taw sambil.. gigit jari),,, aq skung menceburi bidang IT NETWORKING.. teror too x la.. tp.. yg mner mampu bantu aq bantu.. hek eh,,,, he3, HUH?? HENSEM?? ish... x la.. jgn la ckp mcm uh... (ha3.. baru taw kerr...??, wat muka bongkak dan takbur~lalalala)... pada aq rupa bkn jd ukuran seseorang... itu smue pinjamn semata2.. klo ALLAH nak tarik.. biler2 je boleh.. jd?? jd lah org sentiasa bersyukur.. erm,, rasa cukup kat cini dulu.. mungkin smbungn pd maser akn datang... TO BE continue...