Wednesday, July 18, 2012

Tatihnya Tidak Lagi Aku Santunkan



"Di bukit ini kamu bertatih, memandang dengan senyuman, tanggungjawab yang di pikul, untuk menyatunkan tatih mu, untuk mendakap mu dengan kasih sayang, untuk terus bersama kamu saat bencana dan riang tawa mu, aku mendukung kamu di atas bahu ini, membiarkan engkau berada di atas, menikmati segala dakapan angin, saat itu, segala keperitan kaki ku, di lumur dik kotoran dunia, terluka dik duri-duri jalanan, asal jangan kamu!... biar aku yang merasainya , asal jangan kamu!,.."

"Di bukit ini juga.. kamu kenal erti dewasa, lari mu tak terkejar akan aku, kini engkau mampu berdiri sendiri, tetapi aku masih mendukung kamu di bahu hina ini, agar engkau tidak terasa sakitnya segala yang aku rasakan, kaki yang kebah dik kotoran dunia, dik duri-duri jalanan, kini masih berjalan menunjukan kamu akan indahnya kasih sayang,"

"Di bukit ini, mungkin kaki ini tidak lagi berdaya, tetapi kudrat yang ada, atas tanggungjwab yang ku pegang, naik lah engkau di atas aku, kali ini biar kan membawa kamu menuruni bukit ini dengan tangan da lutut ku, agar kamu masih tidak lagi akan rasa sakitnya apa yang telah ku rasai, hulurkanlah sedikit kaki mu ke tanah saat aku merangkak membawa kamu, kerana saat itu, aku mula mengajarkan kamu erti kuat"

"Di bukit ini juga, aku mula rebah dan tak terdaya, aku tidak dapat lagi melindungi kamu, menuruni bukit ini, saat itu, jadilah kamu insan yang kuat, jadilah kamu khalifah di dunia dan akhirat, jadilah kamu insan yg baik akhlaknya, saat itu, bukan aku lagi yang bersama kamu, teruskanlah perjalanan kamu, jangan lagi memandang aku yang terduduk dan tersungkur, kerana saat itu, jika aku pergi untuk selamanya, aku masih tersenyum melihat kamu pergi dengan kekuatan yang engkau miliki"

"Saat kamu lupa tanggungjawab kamu, yang pernah kamu lakukan dahulu, percayalah aku tiada daya menunding jari untuk kali ketiga mengingatkan kamu, bukan kerana aku mengalah, atau pun lemah, tetapi aku belajar menerima siapa kamu yang tatihnya tidak perlu lagi disantunkan"

"Dengan nama Allah, berbicara lah dengan penuh hormat, agar kamu mengerti erti adab, tunduklah bukan untuk dipijak, tapi tanda kasih sayang kamu sebagai siapa kamu, dakap lah dengan kemewahan senyuman agar kamu belajar untuk redha"

"Bergembiralah orang yg menyayangi bukan kerana siapa dia pada kamu, tetapi siapa kamu pada dia, ia akan buat kamu rendah hati bukan untuk dipijak, dan tegas bukan untuk di sujud"


No comments:

Post a Comment