Thursday, April 4, 2013

AIB ITU RAHSIA KAMU DAN ALLAH- JANGAN MENCARI APALAGI MENUDUH MUKMIN TANPA SYARAT


Sejak kebelakangan ini terlalu hangat orang lain menceritakan perihal diriku yang serba kekurangan ini, mereka sengaja mencari aib diri ini, menyebarkan fitnah tentang diri ini, dan memburuk-burukan diri ini atas dasar yang tak diketahui puncanya, hanya satu yang aku pasti sebabnya kerana mereka mengatakan aku MUNAFIK!, tahu kah mereka ciri-ciri munafik itu apa dan ada berapa? pada mereka jika berbicara tentang agama walhal dibelakang aku lah segalah mahkluk yang terkutuk dan hina dimata mereka, menggunakan agama untuk mendapatkan perhatian dan menutup dosa-dosa dan aib aku, Astaghfirullah apakah yang mereka hasadkan padaku, apa yang kau mahu Allah kurniakan pada mu yang ada pada ku??

Dengarlah wahai sahabat, aku pernah terfikir untuk mendahului malaikat maut, untuk menyentap nyawa kau, tapi untuk apa? wahai sahabat, jika di takdirkan kita berjumpa di akhirat kelak, ketahuilah, aku telah pun memaafkan kamu atas segala apa yang kamu lakukan, aku sedar ini juga sebahagian daripada ujian Allah untuk aku , maka aku redhakannya.. dan fahamilah Redha itu menerima tanpa persoalan.. dan aku ada kisah pengajaran untuk mu sahabat, agar engkau mengerti..

Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya .Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.Sehinggalah tiba pada hari kematiannya.Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat,tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada alat kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu . Mana tidaknya ,tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu .Pertama,memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus . 

Akhirnya,mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa .Pernah ada satu ketika ,Imam Malik mendapat 40 pertanyaan ,tetapi yang dijawabnya hanyalah 5 .Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama .Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya . 

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:" berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina ".Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut ,sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi".Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi .Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

No comments:

Post a Comment