Wednesday, October 15, 2014

MILO BUAT ABANG


                Hening pagi Farith bersiap hendak berkerja, di siapkannya dahulu air milo ais untuk abangnya bila bagun tidur nanti, di kejut adik-adik yang lain bangkit untuk bersiap ke sekolah, 5 tahun telah berlalu pemergiaan abah dan emak, kini dia menatap lembut air muka abangnya, yang mengalas ketua keluarga, "abang... bangun.. adik pergi kerja dulu, adik-adik yang lain tengah siap, nanti abang tengok-tengok kan ea" sambil di raba tangan kasar abangnya untuk bersalam, di laga pipinya, tersentuh kasih sayang yang emak dan abah ajarkan dulu, "jangan malu peluk dan cium darah daging mu sendiri, kerana ia syurga dunia kamu"-kata abah.
                Farith sedar dengan tanggungjawab yang abang nya galas, mendidik dan mengasuh 8 orang adiknya yang lain, tapi dia cekal, dan dia pasti abangnya juga begitu, perbezaan saat dalam hidup nya dan abang nya menjadikan dia terkadang merasa tiada bezanya dia dengan abang, tetapi abah pesan "panggilah seseorang sesuai dengan pangkatnya, sebab ia mengajar kamu.. supaya tunduk hormat bukan untuk dipijak, namun tak juga sombong mendongak ke langit".
                Farith mula rasa terkongkong dengan abangnya, walhal padanya dia tiada beza dengan abangnya, dan padanya abang nya tidak berhak mengatur hidupnya, malam itu Farith keluar bersama rakannya dan pulang lewat malam itu, "kau kemana farith?" tegur lembut abangnya, "adik keluar dengan kawan." jawab farith, "kau tahu tak dah lewat? abang dah bagitu balik makan sama-sama dengan adik-adik, setiap malam kau melepak, bukan abang menghalang.. tapi membazir, sekali sekala tu tak pelah." kata abangnya "yang kau sibok hal aku apehal??! selama ni makan minum rumah ni aku jugak yang keluarkan, aku gaji kecik pon boleh tanggung, adik-adik pun aku uruskan, nama je abang, kau merokok.. tapi tak bagi aku merokok,, kau melepak.. tapi kau tak kasi aku melepak.. amende kau ni?! ni ke aku panggil abang? tak de beza kau dengan aku pon" tengking Farith. suasana menjadi bisu seketika, tatkala Farith berbahasa sebegitu, adik-adik yang lain berlari masuk ke bilik masing. di tinggalkan abangnya yang kaku dengan kata-katanya.
                Keesokan paginya seperti biasa cuma tiada lagi milo ais untuk abang,bersalam pun seperti seorang kawan, selangkah farith mahu tinggal kan bilik, dia disapa abangnya "adik tak buatkan milo untuk abang?" kata abangnya. "tak aku dah malas baik sangat dengan kau !" tengking farith, abangnya latas bangun dan memeluk adiknya, tapi dengan kasar adiknya menolak abangnya. "baiklah adik... hari ini abang meminta kamu buatkan abang air, bukan lah abang sehaus lautan tapi air tangan kau yang abang rindukan, Muhammad Farith Bin Nasrullah!!! aku abang kau Muhammad Harith Bin Nasrullah yang kau anggap tak bertanggungjawab ini lah yang bankinkan duit tiap-tiap bulan ke akauan kau, sampai kau rasa duit kau tak pernah habis, sebab aku nak kau rasa kau bertanggungjawab pada adik-adik yang lain, abang kau yang kau cakap tak bertangunggjawab ini juga yang menolak untuk sambung belajar ke luar negara untuk tengok kau berjaya, abang kau yang merokok tapi tak pernah izinkan kau merokok ini lah yang tak mahu kau ikot jejak kaki kirinya, abang kau yang kau kata melepak ni lah yang sebenarnya berniaga pada malam harinya.. adik.. jika kau mahukan kebebasan ambillah.. ambillah semua kebebasn yang engkau mahukan jangan kau bagi lagi walau sedikit tangungjawab itu pada aku, buat lah apa kau nak buat" dengan nada nazak. adik-adik yang lain memeluk erat Harith, Farith bersujud di kaki abangnya meminta ampun atas dosa terhadap seorang yang memikul tanggungjawab selepas abah dan emaknya tiada.
                Kini aku tahu, sayang itu bukan di mulut, sesuatu yang kita tak nampak bukan bererti ia tak wujud, jangan mengintai-intai kesalahan orang lain, redhakanlah sesuatu yang bukan hak kita, berpegang eratlah pada tanggungjwab, abah pesan "kalau tak boleh nak buat baik, cukuplah kau tak buat jahat".. emak pesan "cari lah dikalangan wanita itu isteri bukan bini" . kataKu "Allah bersama kamu, redhakan hatimu"

Monday, September 8, 2014

Aku penat...



Aku penat...

Aku penat, bila bercakap tak didengar, bila bersuara dibuat tuli.

Aku penat, bila sabar tak di pandang,
Bila bertahan kau tak syukuri.

Aku penat, yang menghina disanjung, yang bersabar pula di caci.

Aku penat, mengharap engkau disisi, tapi sebaliknya aku engkau hinjak di kaki.

Aku penat, berdiri menyayangi, tapi kau padang aku tiada hati.

Bila aku tiada lagi, jangan di tanya itu dan ini, teruskan kehidupan yang engkau idamkan selama ini, aku biar kan engkau dengan kebebasan yang engkau mahukan selama ini, sekurang-kurangnya nya aku tahu, aku gagal mendidik kamu menjadi insan sejati.

Wednesday, June 18, 2014

Baiknya mengalahkan malaikat Buruknya mengalahkan BINATANG!!!


Di kota metropolitan ini, hanya zahir sifat kesurupan. Dalam menanti Queback selesai, duduk dihujung kedai dalam kesakitan seekor kucing yang hilang kulit kepalanya dan hanya yang zahir denyutan otak. Nauzubilahminzalik. Manusia berjiwa binatang mana lagi yang ada di sini? Dalam usaha aku memberi rawatan kerana di takdirkan Allah lengkap beg sandang ini dengan peralatan kecemasan, haiwan ini seperti merelakan ia di rawat, walaupun dalam kegusaran, merenung tepat mata ini bagai ada yang mahu disampaikan, selesai rawat ia pergi meredah hujan, aku tidak berkata di mulut, kerana dari apa yang di rawat, aku yakin ia dicederakan dengan sengaja. Hilang separuh jiwa ini, bila ia sempat berhenti dan memandang ke arah mata ini dalam erti terima kasih. Maafkan aku bagi pihak manusia lain, janganlah kiranya ada mendakwa-dakwi di akhirat kelak. BarakAllah!!

Malaysia ku hebat


Malaysia ku hebat, selalu mengambil langkah komprehensif, mengambil iktibar dari sejarah bertamadun, antro-linguistik dan kronologi. Aku manusia di bawah carta anarki, dengan analisis sinkronik-diakronik dimana letaknya nama 'Negara Islam' contoh pada negara ini? Ratu cantik di fatwakan haram di negara Malaysia.. BarakAllah!! Sunguh tegas!! Tapi apa bezanya dengan sukan di negara ini?? Aku menjadi kanak-kanak tadika yang mula pening dalam membezakan. Bebal juga aku berfikir. Sukan renang? Sukan bina badan? Dan kebanyakkan yang lain tidak menjaga aurat, mengapa tidak di fatwakn?? Sudahlah tidak mengikut apa namanya islam, malah di kengkang mengikut islam, di suruhnya patuh dengan "peraturan sukan sedunia". Mohon orang-orang teratas yang berada di carta anarki, bagunkanlah anak bangsa bukan pada dunia, "majulah sukan untuk negara, jangan lupa akhirat tak terjaga"

Wednesday, April 2, 2014

Surat buatmu Ahlaiah...

Surat buatmu Ahlaiah...

Selama ini aku berdiam segala andaian mu, hari ini aku bersuara tanpa bicara, aku tidak pernah menghukum kamu wahai Ahlaiah atas salah yang kamu perbuat sama ada kamu sengaja mahupun tidak sengaja, pernah tidak di benak fikiran kamu mahupun jauh di lubuk hati kamu memikirkan siapa sebenarnya aku? Nasrullah Bin Salim seorang yang terlalu sukar difahami, seorang yang ‘munafik’ dalam menjaga hati manusia dan ‘fasik’ dalam bicara demi menjaga kata-kata.

Ya.. kamu seorang  yang mengikut hukum syarak maka kamu adalah ciri isteri ku.. bukan bini ku !! namun bilamana kamu menolak caraku yang ingin mengajar kamu memahami aku melalui bonda ku, kamu tepis dengan alasan ia boleh di lakukan selepas akad, sedarkah kamu ketika kamu memanggil aku di tatapan ‘umum’ dengan panggilan yang manja dan panggilan yang tidak sah membuatkan kamu lupa bahawa perkara tersebut yang seharusnya kamu jaga.

Ya.. meruntun jiwa kamu wahai Ahlaiah melihat hanya sekadar nama, kamu tidak tahu ingin lakukan apalagi, dan apalalah sangat pada budi dan sayang yang pada kamu ia boleh di pupuk, sadarkah kamu ia perkataan yang membuat aku lebih jauh dari kamu, kamu tidak belajar untuk redha, redha itu menerima tanpa persoalan.
Hanya kerana aku menyampaikan salam lahir yang kamu sendiri tidak tahu siapakah gerangannya kamu membuat andaian semudah lafaz mu, namu aku tetap berdiam jika ini adalah kamu.

Wahai Ahlaiah, menjadi tanggungjawab aku kaum adam melayan wanita itu dengan sebaik-baiknya tiada niat memberi harapan jika itu sudah sikap ku, salahkah aku berkelakuan demikian? Dan sedarkah kamu wahai Ahlaiah aku berhempas pulas, separuh nyawa aku hanya untuk redha ketiadaan ammarah ku? Pernah atau tidak dibenak hati mu memikirkan bagaimana sukarnya aku belajar mencintai kamu, menghargai kamu?? Yang kamu lihat hanya yang zahir di pengetahuan kamu.

Ahlaiah... Jangan pernah terikat akan diri ku, jika kamu harus pergi... pergilah mengejar yang lebih baik.. jika keluh kesah mu menjadi tatapan umum.. tidak tahu lagi bagaimana jika bergelar suamimu sejuta keampunan aku panjatkan...  jodoh pasti ada..tapi mungkin bukan dengan diriku.. jika jodoh benar dengan diriku.. ambilah segala ini menjadi pengajaran

Tuesday, April 1, 2014

Ya Rab..

Memperbanyakkan berdo'a. Di riwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw menyebut bahawa pada hari Juma'at :-

"Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua, melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut"

[hadith riwayat al-Bukhari #893; Muslim 852].

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
Surah Al Maarij ayat 19 - 23:

”Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) apabila dia ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah. Apabila dia beroleh kesenangan dia sangat bakhil. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Ia itu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
Firman ALLAH S.W.T;

“Sungguh berbahagialah orang yang sabar dan mau memaafkan, karena perbuatan semacam itu termasuk perbuatan-perbuatan yang sangat utama.”

(QS. As Syura:43)
 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" -

(Riwayat An-Nasa'i)

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.” (QS. Az Zumar:10)

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ….Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”.

(QS. Ath Thalaaq {65} :4)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.

(Al Baqarah : 263)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
( Riwayat Bukhari )


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bersabda:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Sabda Rasulullah saw:

“Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.”

(Ahmad dan Ibnu Hibban)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.”

(QS. Az Zumar:10)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "Aku melihat Malaikat membelamu ketika kau mendiamkan penghinaan itu hai Abu Bakr. Tapi mereka pergi saat kau mulai membalas."

-HR Ahmad-


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”

(Surah an-Nur : 21)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu, agar kamu bersyukur"

(Al Baqarah : 52).


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















 


  

®NASRULPUTRA™

Selamat Ulang Tahun... jiwa yang tenang... semakin tumbuh sayap mu. terbanglah setinggi mu.. jangan sombong hinggap di ranting... maafkan aku kerana masih sayang pada mu..
®NASRULPUTRA™ 

Aku bukan gynephobia.
Apa lagi gamaphobia.
Jauh sekali pentheraphobia.
Aku hanya mengharap redhaNya
®NASRULPUTRA™

 Sibuk menceritakan bahagianya masa lalu... Sampai terlupa menciptakan bahagia masa kini... ®NasrulPutra™

Ya Aziz..Ya Jabbar.. Ya Mutakbir.. Redhakan hati ini... tak lihat bukannya buta... tak dengar bukannya pekak... tak cakap bukannya bisu...
®NASRULPUTRA™ 

Salah itu lumrah, Mencabar kesalahan itu celaka, Tidak belajar dari kemaafan yang diberi itu biadab. Maka hiduplah engkau dengan keangkuhan mu kerana hidup terlalu mudah mendapat kemaafan dan engkau tidak belajar menghargainya. 
®NASRULPUTRA™

Sikap lewa mengheret padah.
Silap kata,lain tempias..
Bahasa manusia.. Bukan disergah..
Adat melayu kata berkias..

®NASRULPUTRA™ 

Terdidiklah kamu kerana kasih sayang.. Bukan terdidik kerana di ternak ketakutan.. ®NASRULPUTRA™ 

Berantai tengkuk ini berada di kota berdiri dan maharani... Patah sendi-sendi saat sedarku akan hadirmu menyusun paradigma... Masa bergulir pantas... Pandangan majazi ini jelas... Bahagialah dengan jiwa mu... Naratif ini aku anyam menjadi hamparan buat mu... 
®NASRULPUTRA™

5 Purnama tidak jejak ke kota metropolitan ini... terlalu cangung menikmati masa... waktu yang bergulir telah aku ajarkan jiwa ini dengan kepergian mu...
®NASRULPUTRA™

Bilamana ujub, riak, takbur, menjadi pakaian hati...
aku mula buta dalam mencerap dosa... Ya Allah... Hamba mu tertambat di gaung ini...
andai gulungan tikar mengkuang terakhir di sisi ku... pandanglah daku ...
 
 
®NASRULPUTRA™

Kita cangung dik kerana Profesi...
Perlu di ingat pada Ilahi...
Tanpa mengenal kufur nikmat pada Maha memberi..
Jangan dibiar lidah lembut menggigit setiap inci hati..
Ajarkan akhlakmu, Ajarkan adabmu.. wahai pemilik hati..

®NASRULPUTRA™ 

Kekuatan fizikal itu lumrah di laga... Namun kekuatan mental itu jauh lebih terbias dengan perbuatan..
®NASRULPUTRA™

Jika kata-kata itu bukan lagi nasihat...
Jika penangan itu bukan lagi pengajaran...
Apa lagi yang dapat buat tercelik mata hati???
Tak tercukup melihat aku tercekik air mata???
 

 ®NASRULPUTRA™

Tanggungjawab itu tidak pernah terungkit dengan kata-kata melainkan kamu menganggapkan ia suatu pemberian.®NASRULPUTRA™

Belajar berkata-kata dengan mulut tertutup nescaya kamu tahu nilai hormat
®NASRULPUTRA™

Aku pergi bukan menempah kepok... Apa lagi mendahului malaikat maut... Utamakan keperluan mu... bukan kemahuan mu..
®NASRULPUTRA™

Jangan bongkak jika pangkat mu tertinjit di leher orang bawahan mu...
®NASRULPUTRA™


Tak perlu kaya untuk berdiri..
Asalkan ada niat kendiri..
Aku sedar diri sendiri...
Tak dapat nak beri itu dan ini...

Abah berpesan kepada keluarga..
Tak boleh buat baik jangan buat jahat..
Apa lagi meminta-minta..
Kepada ALLAH selalu taat..

Diri ini di tinggal pergi..
Kononnya aku punca segala..
Aku redhakan engkau yang pergi..
Demi tidak cepat melatah..
®NASRULPUTRA™

Hadiah terbaik adalah apa yang kita sayang... Bukan apa yang kita mampu..
®NASRULPUTRA™


Emak... Ketika lahirnya aku.. Kau kehilangan hampir separuh nyawa mu.. Biarkan aku tetap di pelukan mu untuk melindungi mu dengan nyawa ku... Ya Allah.. Terima kasihku tidak akan pernah terhenti..
®NASRULPUTRA™

Tak nampak bukannya buta...
Tak Dengar bukannya pekak...
Jangan ditelan si airmata...
Jalan belecak tekak tersedak...

®NASRULPUTRA™

 Ramai yang berterima kasih dengan apa yang akan mereka dapat... Tapi tak ramai yang bersyukur dengan apa yang mereka ada...
®NASRULPUTRA™

 "Ya Allah.. andai aku salah mendidik.. janganlah pula engkau hukum kami kerana kami tersalah.. "
 ®NASRULPUTRA™

 Satu negeri yang sama.Dua daerah yang berbeza.Hati tetap sama. Cuma jasad tak berjumpa.
 ®NASRULPUTRA™

 "Yakin rezeki itu hak mutlak ALLAH, jangan goyang dengan manusia, bukan mereka memberi rezeki, mereka hanya perantara"
 ®NASRULPUTRA™

 "Bergema Suara Itu, Tamparan Ilmu Itu Dikepala Ini, Tatihku Cepat kau Santunkan, Tinta Ini Menghargai Mu Guru"
 ®NASRULPUTRA™

 "Bila mana kesalahan dianggap kecil dan remeh di mata mereka, mereka seringkali tidak belajar menghargai kemaafan malahan mempertikai kesalahan"
®NASRULPUTRA™

Walaupun aku ada 1000 alasan untuk meninggalkan kamu, tapi aku akan cuba mencari satu alasan yang lain untuk bertahan demi kamu.. 
 ®NASRULPUTRA™

 Terdongak kebawah langit, kini harapan terbelah percik mimpinya
 ®NASRULPUTRA™

 Meski dosa yang di lakukan adalah sama, belum tentu nilainya sama di sisi ALLAH S.W.T, begitulah juga sebaliknya..
 ®NASRULPUTRA™

 Apabila kita menegur, kita juga kena bersedia terima teguran, Kerana Nasihat itu hanya berguna kepada orang yang dalam 'kesusahan', dan tidak akan berguna kepada orang yang dalam 'kesenangan'.. dan apabila ia susah barulah nasihat itu dia idamkan..
 ®NASRULPUTRA™

Maksiat: Jangan disebarkan, jangan dibangga banggakan!!
 ®NASRULPUTRA™

 Tunduk Aku Bukan Untuk Dipijak, Dongak Aku Bukan Untuk Digerun
 ®NASRULPUTRA™

 "Tak penting apa yang aku rasa, atas nama Allah dan tanggungjawab yang masih ada, aku Redhakan semua rasa sakit ini, demi kamu yang bergelar saudaraku"
 ®NASRULPUTRA™

 Aku meminta Allah buah yang ranum, Tetapi Dia memberi aku benih yang hitam.
(Ingatlah.. Allah tidak memberi apa yang kamu mahu, tapi Dia memberi apa yang kamu perlu)

 ®NASRULPUTRA™