Wednesday, June 18, 2014

Baiknya mengalahkan malaikat Buruknya mengalahkan BINATANG!!!


Di kota metropolitan ini, hanya zahir sifat kesurupan. Dalam menanti Queback selesai, duduk dihujung kedai dalam kesakitan seekor kucing yang hilang kulit kepalanya dan hanya yang zahir denyutan otak. Nauzubilahminzalik. Manusia berjiwa binatang mana lagi yang ada di sini? Dalam usaha aku memberi rawatan kerana di takdirkan Allah lengkap beg sandang ini dengan peralatan kecemasan, haiwan ini seperti merelakan ia di rawat, walaupun dalam kegusaran, merenung tepat mata ini bagai ada yang mahu disampaikan, selesai rawat ia pergi meredah hujan, aku tidak berkata di mulut, kerana dari apa yang di rawat, aku yakin ia dicederakan dengan sengaja. Hilang separuh jiwa ini, bila ia sempat berhenti dan memandang ke arah mata ini dalam erti terima kasih. Maafkan aku bagi pihak manusia lain, janganlah kiranya ada mendakwa-dakwi di akhirat kelak. BarakAllah!!

No comments:

Post a Comment