Wednesday, October 15, 2014

MILO BUAT ABANG


                Hening pagi Farith bersiap hendak berkerja, di siapkannya dahulu air milo ais untuk abangnya bila bagun tidur nanti, di kejut adik-adik yang lain bangkit untuk bersiap ke sekolah, 5 tahun telah berlalu pemergiaan abah dan emak, kini dia menatap lembut air muka abangnya, yang mengalas ketua keluarga, "abang... bangun.. adik pergi kerja dulu, adik-adik yang lain tengah siap, nanti abang tengok-tengok kan ea" sambil di raba tangan kasar abangnya untuk bersalam, di laga pipinya, tersentuh kasih sayang yang emak dan abah ajarkan dulu, "jangan malu peluk dan cium darah daging mu sendiri, kerana ia syurga dunia kamu"-kata abah.
                Farith sedar dengan tanggungjawab yang abang nya galas, mendidik dan mengasuh 8 orang adiknya yang lain, tapi dia cekal, dan dia pasti abangnya juga begitu, perbezaan saat dalam hidup nya dan abang nya menjadikan dia terkadang merasa tiada bezanya dia dengan abang, tetapi abah pesan "panggilah seseorang sesuai dengan pangkatnya, sebab ia mengajar kamu.. supaya tunduk hormat bukan untuk dipijak, namun tak juga sombong mendongak ke langit".
                Farith mula rasa terkongkong dengan abangnya, walhal padanya dia tiada beza dengan abangnya, dan padanya abang nya tidak berhak mengatur hidupnya, malam itu Farith keluar bersama rakannya dan pulang lewat malam itu, "kau kemana farith?" tegur lembut abangnya, "adik keluar dengan kawan." jawab farith, "kau tahu tak dah lewat? abang dah bagitu balik makan sama-sama dengan adik-adik, setiap malam kau melepak, bukan abang menghalang.. tapi membazir, sekali sekala tu tak pelah." kata abangnya "yang kau sibok hal aku apehal??! selama ni makan minum rumah ni aku jugak yang keluarkan, aku gaji kecik pon boleh tanggung, adik-adik pun aku uruskan, nama je abang, kau merokok.. tapi tak bagi aku merokok,, kau melepak.. tapi kau tak kasi aku melepak.. amende kau ni?! ni ke aku panggil abang? tak de beza kau dengan aku pon" tengking Farith. suasana menjadi bisu seketika, tatkala Farith berbahasa sebegitu, adik-adik yang lain berlari masuk ke bilik masing. di tinggalkan abangnya yang kaku dengan kata-katanya.
                Keesokan paginya seperti biasa cuma tiada lagi milo ais untuk abang,bersalam pun seperti seorang kawan, selangkah farith mahu tinggal kan bilik, dia disapa abangnya "adik tak buatkan milo untuk abang?" kata abangnya. "tak aku dah malas baik sangat dengan kau !" tengking farith, abangnya latas bangun dan memeluk adiknya, tapi dengan kasar adiknya menolak abangnya. "baiklah adik... hari ini abang meminta kamu buatkan abang air, bukan lah abang sehaus lautan tapi air tangan kau yang abang rindukan, Muhammad Farith Bin Nasrullah!!! aku abang kau Muhammad Harith Bin Nasrullah yang kau anggap tak bertanggungjawab ini lah yang bankinkan duit tiap-tiap bulan ke akauan kau, sampai kau rasa duit kau tak pernah habis, sebab aku nak kau rasa kau bertanggungjawab pada adik-adik yang lain, abang kau yang kau cakap tak bertangunggjawab ini juga yang menolak untuk sambung belajar ke luar negara untuk tengok kau berjaya, abang kau yang merokok tapi tak pernah izinkan kau merokok ini lah yang tak mahu kau ikot jejak kaki kirinya, abang kau yang kau kata melepak ni lah yang sebenarnya berniaga pada malam harinya.. adik.. jika kau mahukan kebebasan ambillah.. ambillah semua kebebasn yang engkau mahukan jangan kau bagi lagi walau sedikit tangungjawab itu pada aku, buat lah apa kau nak buat" dengan nada nazak. adik-adik yang lain memeluk erat Harith, Farith bersujud di kaki abangnya meminta ampun atas dosa terhadap seorang yang memikul tanggungjawab selepas abah dan emaknya tiada.
                Kini aku tahu, sayang itu bukan di mulut, sesuatu yang kita tak nampak bukan bererti ia tak wujud, jangan mengintai-intai kesalahan orang lain, redhakanlah sesuatu yang bukan hak kita, berpegang eratlah pada tanggungjwab, abah pesan "kalau tak boleh nak buat baik, cukuplah kau tak buat jahat".. emak pesan "cari lah dikalangan wanita itu isteri bukan bini" . kataKu "Allah bersama kamu, redhakan hatimu"

No comments:

Post a Comment