Sunday, September 20, 2015

Siapa dia anggota itu..

Dalam perjalanan pulang abg di tahan oleh anggota, abg didakwa kerana memandu laju dan merberhaya, dengan pertanyaan agak kasar, abg menjawab dengan tenang dan dengan tanpa sebab yang munasabah mengambil telefon bimbit abg, dan meminta abg membuka gallery dan video (Haha polis ni takut abg rakam beliau) dalam tak sedar beliau telah melakukan kesalahan dengan menceroboh hak peribadi, walaupun abg sedar beliau ada hak mengikut (akta 344-seksyen 24 ) "..memberhenti dan memeriksa tanpa waran mana-mana kenderaan atau vesel yang disyakinya atas alasan yang munasabah..." (bila kata munasabah, memang luas sungguh pengertian, jangan ko guna seksyen ni je, seksyen lain ko fail.. Hehe) abg malas nak panjang cerita, abg buka tunjuk beliau, bagi memuaskan hati beliau, (Haha apa nak takut encik, kalau encik betul?. ye dok?) abg sedar bila abg setelet dahi dia untuk dia sedar dia juga telah memaksa abg untuk memberikan hak peribadi, tapi abg yakin, beliau akan hafal (akta 574-seksyen 186)"...menghalang mana-mana penjawat awan dalam menjalankan fungsi awam..." (Haha encik hanya tahu saya seorang awam, saya bukan anggota tetap, anggota simpanan, mahupun anggota bantuan, ada perkara yang encik tak tahu tentang saya) saya juga boleh mengheret encik di bawah (akta 344-seksyen 78 )-"Jika difikirkan perlu untuk kepentingan awam supaya seseorang pegawai polis berhenti menjalankan kuasa dan fungsi jawatannya dengan serta-merta.." (saya hormat apa yang tercalit di lengan encik, tapi tak perlu samseng dengan orang awam, kita memang di latih begitu dari awal bergelar anggota, tapi bukan orang awam.. belajar budi bahasa, belajar konsidirasi, saya takut yang tak di latih sebegitu, akan membuat kami benci pada segerombolan anda..  salam sayang dari kami, orang awam, khas untuk anda anggota.