Umpama setitis tinta yang mengalir di sebatang pena, mengheret deruaan rasa, menarik segala demensi hidup untuk kekal di sini selamanya
Monday, December 21, 2015
Abah...
mata tua yang memandang aku itu...
bundar... pudar...
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”... katanya, “biar”...
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu....
akukan lemahmu. ..
perikan penatmu....
kisahkan jerihmu...
aku mahu tahu....
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu... harum.... senyum...
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan.. “biar”... katanya “biar”...
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment