Monday, December 21, 2015

Jangan Banyak Tanya,, T.T


Abah tak ajar aku pasang mozek. tak pernah ajar aku ikat batu, tak pernah ajar apa kemahiran yang dia ada, kerana dia mengajar aku melalui pemerhatian, bila tolong abah buat semua tu, aku belajar sendiri tanpa banyak persoalan.

Dia ajar aku agar tidak banyak bertanya, bila di suruh "dik nas, ambil kan abah timbang air kat luar" aku hanya pergi ke luar dan terus mencari. tanpa perlu tanya apa-apa dia mana tempat spesifikasi, bodoh kah aku kerana menyusahkan diri? atau bodoh kah aku, jika bertanya, tapi hasilnya masih sama?

Abu Hurairah RA. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, ....Allah pun membenci darimu tiga hal, berkata sesuatu yang tidak bermanfaat; banyak bertanya; dan menyia-nyiakan harta.” (HR. Muslim).

Abah tak beri aku carta alir kehidupan apa lagi SOP, kebahagian, ciptakan ianya sendiri.. dengan pembelajaran melalui pemerhatian, dengan pemahaman melalui pendengaran.

®NasrulPutra™

No comments:

Post a Comment