Sunday, January 24, 2016

Mereka makin biadab...

Mereka itu hanya pendatang, pandai meminta pandai membangkang, tahunya luah ikut perasaan, tahunya jengkelkan ikut fikiran, lagaknya konon tahu sembaragan, realitinya hanya lagak nya syiatan, bila tiada menuntut tuan, bila dah kenyang lagaknya tuhan, keringat bertinta aku tuliskan, kerana penat melantun intan, jika akhirnya hanya bermulut syiatan.

®NasrulPutra™

Wednesday, January 6, 2016

Cangung

Zapin Johor Nusantara,
Jaipong Sunda seni tari,
Jangan biar Bima Murka
Kelak hidup seakan mati.

Yang kotor itu dosa,
cuci dengan doa sendiri
yang cantik itu bahasa,
tidak sombong bila berdiri.

Bukan... jangan biar peludah itu tetap meludah, seakan tiada lidah lekat lelangit, biar.... jangan bukan kau tadah, jangan bukan kau beri.

®NasrulPutra™

#nasrulputra

Sunday, January 3, 2016

Sedih Pedih

Sedih abang bila;
bila makan kenyang-kenyang bila dah kenyang kena tendang,
bila tengok betul-betul, dah betul kena bedul,
bila nganga luas-luas, bila dah luas kena cantas,
abang bukan sultan yang bila duduk makan di meja biasa jadi sebutan, abang bukan menteri bila berjalan kaki ada yang mengekori, abang bukan orang penting yang buat perkara biasa tapi jadi tanda tanya, fahamilah...

"kamu memberi ketika kamu 'ada', itu biasa, kamu memberi ketika kamu 'tiada' , itu luar biasa- ®NasrulPutra™"

#nasrulputra