Tuesday, April 1, 2014

PANGKAT JANGAN DI MINTA

PANGKAT JANGAN DI MINTA-MINTA APA LAGI DI REBUT (APA SAJA PANGKAT KAMU DI DUNIA, AKAN DI SOAL DI AKHIRAT KELAK)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah,

“Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan (dalam politik). Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)

Malaysia ku kini...

Malaysia ku kini...
(Panggilan telefon)

Anjing: Assalammulaikum. helo jabatan sekian sekian?

Tuan anjing: Ye boleh saya bantu?

Anjing: saya ada satu kes kebakaran semalam, jadi saya nak tahu ada apa-apa akta atau tindakan undang-undang yang boleh saya dakwa atas sebab hos atau pili bomba gagal berfungsi?

Tuan anjing: (dengar tanpa mencelah) ouh sebentar ye encik saya sambungkan pada pihak aduan.

Anjing: baiklah.

Tuan anjing: helo encik jabatan sekian-sekian.

Anjing: bahagian aduan ?

Tuan anjing: ada apa?

Anjing: (cerita benda yang sama)

Tuan anjing: (Dengar dan tidak mencelah) ouh yang itu kena cakap dengan pegawai kami.

Anjing: baik lah.. (bercerita benda yang sama, pada orang yang lain)

Pengajaran: "ouh malaysia ku bangga anjing-anjing ini menggonggong... namun bahasa yang tak difahami membuatkan anjing-anjing hanya sekadar anjing"


®NasrulPutra™

Tuesday, April 16, 2013

Pilihan Raya Ke - 13 (05 MEI 2013)



Pilihan Raya Ke - 13 (05 MEI 2013)

Inikah dia lakonan hidup 
Di pentas dunia insan berpura 
Tipu dan daya pencapai maksud 
Budi dan harta merangkum noda

Kukira hati jiwa nurani 
Suci seindah wajah terbayang 
Kukira puji seikhlas budi 
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa 
Kail berduri bersalut umpan 
Di manis kata insan terlena 
Kerana budi hamba terkorban

Kusangka aur di pinggir tebing 
Kiranya tebu di pinggir bibir 
Kusangka jujur pancaran batin 
Rupanya palsu penghias zahir

Firman Allah S.W.T 


"Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana". (8:49)

Friday, April 5, 2013

YAKIN~!!! REZEKI ITU HAK MUTLAK ALLAH BUKAN MANUSIA!!!


 
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.