Monday, September 8, 2014

Aku penat...



Aku penat...

Aku penat, bila bercakap tak didengar, bila bersuara dibuat tuli.

Aku penat, bila sabar tak di pandang,
Bila bertahan kau tak syukuri.

Aku penat, yang menghina disanjung, yang bersabar pula di caci.

Aku penat, mengharap engkau disisi, tapi sebaliknya aku engkau hinjak di kaki.

Aku penat, berdiri menyayangi, tapi kau padang aku tiada hati.

Bila aku tiada lagi, jangan di tanya itu dan ini, teruskan kehidupan yang engkau idamkan selama ini, aku biar kan engkau dengan kebebasan yang engkau mahukan selama ini, sekurang-kurangnya nya aku tahu, aku gagal mendidik kamu menjadi insan sejati.

Wednesday, June 18, 2014

Baiknya mengalahkan malaikat Buruknya mengalahkan BINATANG!!!


Di kota metropolitan ini, hanya zahir sifat kesurupan. Dalam menanti Queback selesai, duduk dihujung kedai dalam kesakitan seekor kucing yang hilang kulit kepalanya dan hanya yang zahir denyutan otak. Nauzubilahminzalik. Manusia berjiwa binatang mana lagi yang ada di sini? Dalam usaha aku memberi rawatan kerana di takdirkan Allah lengkap beg sandang ini dengan peralatan kecemasan, haiwan ini seperti merelakan ia di rawat, walaupun dalam kegusaran, merenung tepat mata ini bagai ada yang mahu disampaikan, selesai rawat ia pergi meredah hujan, aku tidak berkata di mulut, kerana dari apa yang di rawat, aku yakin ia dicederakan dengan sengaja. Hilang separuh jiwa ini, bila ia sempat berhenti dan memandang ke arah mata ini dalam erti terima kasih. Maafkan aku bagi pihak manusia lain, janganlah kiranya ada mendakwa-dakwi di akhirat kelak. BarakAllah!!

Malaysia ku hebat


Malaysia ku hebat, selalu mengambil langkah komprehensif, mengambil iktibar dari sejarah bertamadun, antro-linguistik dan kronologi. Aku manusia di bawah carta anarki, dengan analisis sinkronik-diakronik dimana letaknya nama 'Negara Islam' contoh pada negara ini? Ratu cantik di fatwakan haram di negara Malaysia.. BarakAllah!! Sunguh tegas!! Tapi apa bezanya dengan sukan di negara ini?? Aku menjadi kanak-kanak tadika yang mula pening dalam membezakan. Bebal juga aku berfikir. Sukan renang? Sukan bina badan? Dan kebanyakkan yang lain tidak menjaga aurat, mengapa tidak di fatwakn?? Sudahlah tidak mengikut apa namanya islam, malah di kengkang mengikut islam, di suruhnya patuh dengan "peraturan sukan sedunia". Mohon orang-orang teratas yang berada di carta anarki, bagunkanlah anak bangsa bukan pada dunia, "majulah sukan untuk negara, jangan lupa akhirat tak terjaga"

Wednesday, April 2, 2014

Surat buatmu Ahlaiah...

Surat buatmu Ahlaiah...

Selama ini aku berdiam segala andaian mu, hari ini aku bersuara tanpa bicara, aku tidak pernah menghukum kamu wahai Ahlaiah atas salah yang kamu perbuat sama ada kamu sengaja mahupun tidak sengaja, pernah tidak di benak fikiran kamu mahupun jauh di lubuk hati kamu memikirkan siapa sebenarnya aku? Nasrullah Bin Salim seorang yang terlalu sukar difahami, seorang yang ‘munafik’ dalam menjaga hati manusia dan ‘fasik’ dalam bicara demi menjaga kata-kata.

Ya.. kamu seorang  yang mengikut hukum syarak maka kamu adalah ciri isteri ku.. bukan bini ku !! namun bilamana kamu menolak caraku yang ingin mengajar kamu memahami aku melalui bonda ku, kamu tepis dengan alasan ia boleh di lakukan selepas akad, sedarkah kamu ketika kamu memanggil aku di tatapan ‘umum’ dengan panggilan yang manja dan panggilan yang tidak sah membuatkan kamu lupa bahawa perkara tersebut yang seharusnya kamu jaga.

Ya.. meruntun jiwa kamu wahai Ahlaiah melihat hanya sekadar nama, kamu tidak tahu ingin lakukan apalagi, dan apalalah sangat pada budi dan sayang yang pada kamu ia boleh di pupuk, sadarkah kamu ia perkataan yang membuat aku lebih jauh dari kamu, kamu tidak belajar untuk redha, redha itu menerima tanpa persoalan.
Hanya kerana aku menyampaikan salam lahir yang kamu sendiri tidak tahu siapakah gerangannya kamu membuat andaian semudah lafaz mu, namu aku tetap berdiam jika ini adalah kamu.

Wahai Ahlaiah, menjadi tanggungjawab aku kaum adam melayan wanita itu dengan sebaik-baiknya tiada niat memberi harapan jika itu sudah sikap ku, salahkah aku berkelakuan demikian? Dan sedarkah kamu wahai Ahlaiah aku berhempas pulas, separuh nyawa aku hanya untuk redha ketiadaan ammarah ku? Pernah atau tidak dibenak hati mu memikirkan bagaimana sukarnya aku belajar mencintai kamu, menghargai kamu?? Yang kamu lihat hanya yang zahir di pengetahuan kamu.

Ahlaiah... Jangan pernah terikat akan diri ku, jika kamu harus pergi... pergilah mengejar yang lebih baik.. jika keluh kesah mu menjadi tatapan umum.. tidak tahu lagi bagaimana jika bergelar suamimu sejuta keampunan aku panjatkan...  jodoh pasti ada..tapi mungkin bukan dengan diriku.. jika jodoh benar dengan diriku.. ambilah segala ini menjadi pengajaran