Friday, April 5, 2013

KITA SOMBONG!!

Seandainya diri kita pernah ditipu orang…

Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…

Seandainya diri kita pernah difitnah orang…

Seandainya diri kita pernah dihina orang…

Seandainya diri kita pernah dizalimi orang…



Apa Allah kata…

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAIMU?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?

Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tidak mahu menegurmu)?

"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..."

Thursday, April 4, 2013

AIB ITU RAHSIA KAMU DAN ALLAH- JANGAN MENCARI APALAGI MENUDUH MUKMIN TANPA SYARAT


Sejak kebelakangan ini terlalu hangat orang lain menceritakan perihal diriku yang serba kekurangan ini, mereka sengaja mencari aib diri ini, menyebarkan fitnah tentang diri ini, dan memburuk-burukan diri ini atas dasar yang tak diketahui puncanya, hanya satu yang aku pasti sebabnya kerana mereka mengatakan aku MUNAFIK!, tahu kah mereka ciri-ciri munafik itu apa dan ada berapa? pada mereka jika berbicara tentang agama walhal dibelakang aku lah segalah mahkluk yang terkutuk dan hina dimata mereka, menggunakan agama untuk mendapatkan perhatian dan menutup dosa-dosa dan aib aku, Astaghfirullah apakah yang mereka hasadkan padaku, apa yang kau mahu Allah kurniakan pada mu yang ada pada ku??

Dengarlah wahai sahabat, aku pernah terfikir untuk mendahului malaikat maut, untuk menyentap nyawa kau, tapi untuk apa? wahai sahabat, jika di takdirkan kita berjumpa di akhirat kelak, ketahuilah, aku telah pun memaafkan kamu atas segala apa yang kamu lakukan, aku sedar ini juga sebahagian daripada ujian Allah untuk aku , maka aku redhakannya.. dan fahamilah Redha itu menerima tanpa persoalan.. dan aku ada kisah pengajaran untuk mu sahabat, agar engkau mengerti..

Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya .Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.Sehinggalah tiba pada hari kematiannya.Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat,tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada alat kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu . Mana tidaknya ,tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu .Pertama,memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus . 

Akhirnya,mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa .Pernah ada satu ketika ,Imam Malik mendapat 40 pertanyaan ,tetapi yang dijawabnya hanyalah 5 .Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama .Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya . 

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:" berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina ".Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut ,sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi".Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi .Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Monday, November 12, 2012

Aku Abang Kerana Tanggungjawab

 MUHAMMAD AZMAN BIN SHARI

MUHAMAD NASHAHAKIM  BIN SAZILI

MOHAMMAD LUTFEEY BIN MISNADI 

MUHAMMAD FITRI BIN DAUD

Salam, "abang"-"adik", panggilan ni telah sinonim wat yang ada abg atu adex.. tp bila berbicara tentang adex angkat... abg angkat..  apa sebenarnya tanggungjawabnya??..pada yang tak tahu.. mungkin ianya hanya panggilan kerana kita mnghormati umurnya yg lebih tua dari kita, tapi bagi aku, aku mengalas seperti tangungjawab seorang abg kandung.. jiwa aku lebih kepada melindungi daripada dilindungi, mungkin kerana sejarah silam aq yg di besarkan dengan cara tentera... memikul itu mudah tetapi bertahan itu payah,. mereka ini adalah sejarah bagi aku, bersama mereka adalah perkara yang indah, menjaga seorang adex adalah hebat di kaca mata aku, tapi terkadang manusia tak lari dari kesilapan, perpisahan antara aku dan adex aku adalah d atas kesilapan aku sendiri, mereka adalah adex yg baik, patuh akan perintah dan nasihat aku, dan yg pnting mereka patuh perintah Allah.. selalu menasihatkn aku saat aq tergelincir,.. kehilangan aku adalah kebaikan buat mereka.. kerana ada yg lebih baik dapat memimpin mereka bersama2 tempat mereka meluah perasan yg x dapat d luah pada kelurga terdekat mahupun sahabat andai... "adex... jaga diri kamu, jaga solat kamu, jaga adab kamu, walaupun siapa kamu, walaupun apa yg kamu lakukan, mahupun satu hari nanti kamu belajar membenci abg... ingatlah,.. abg tetap sayang kmu.. "


Wednesday, October 10, 2012

DHUHA MU YA ALLAH



"Ya ALLAH Sesungguhnya Waktu Dhuha, Itu Dhuha Mu,
Kecantikannya Kecantikan Mu,
Keindahannya Keindahan Mu,
Kekuatannya Kekuatanmu,
Kekuasanya Kekuasan Mu,
Pelindungannya Pelindungan Mu,
Ya ALLAH Jika Rezki Masih Dilangit Turunkan Lah,
Jika Di Bumi Keluarkan Lah,
Jika Sukar Permudahkanlah,
Jika Haram Sucikan Lah,
Jika Jauh Dekatkan Lah.
Berkat Waktu Dhuha, Kecantikanmu, Keindahanmu, Kekuatanmu, Kekuasanmu,
Limpahkanlah Kepadaku Segala Yang Engkau Telah Limpahkan Kepada Hamba-Hamba Mu Yang Soleh"